MUKADIMAH

ASSALAMUAIKUM

Selamat datang ke laman Ghaib & Misteri ini. Tujuan saya mencipta blog ini adalah untuk berkongsi pengetahuan tentang alam Ghaib&Misteri ini. kedua-dua alam ini hampir sama maksudnya tapi, maknanya berlainan.... Apa itu Ghaib dan bolehkah kita mendalaminya?? Manusia tak boleh taksub mendalami alam ghaib. Allah sengaja merahsiakan supaya insan berfikir tentukan masa depan hidup.
MEMANG tidak dapat dinafikan manusia adalah semulia-mulia makhluk dan sebaik-baik kejadian diciptakan Allah kerana dikurniakan akan untuknya menentukan arah hidup, tujuan serta perjuangannya pada hari muka.
Akal membezakan manusia dengan makhluk lain. Dengan akal, manusia dapat meneroka lautan luas dan meredah angkasa raya serta melakukan kerja berat dan bahaya yang tidak dapat dilakukan binatang besar dan terkuat di dunia. Bagaimanapun, kemampuan dan kebolehan diberikan Allah kepada manusia melalui akalnya adalah terhad. Allah tidak memberitahu manusia mengenai perkara ghaib. Perkara ghaib adalah rahsia Allah.
Tergolong dalam kategori perkara ghaib ialah adanya malaikat, alam akhirat, qada dan qadar Allah. Perkara ini adalah salah satu daripada Rukun Iman yang wajib dipercayai dan diyakini setiap orang mengaku dirinya beragama Islam.


MISTERI??
Banyak pendapat-pendapat soal Misteri ini.. Setiap orang lain pahaman/pendapat, bagi diri saya ia hanya lah kejadian Tuhan atau pun hanya rekaan semata-mata. Sesetengah pihak berpendapat Misteri ini hanyalah kejadian yang kita tiada bukti dan fakta. Adakah benar?? Terpulanglah pada individu atau anda untuk menilai tentang Misteri ini......

Sunday, March 28, 2010 at 3:29 PM

0 Comments to "MUKADIMAH"

Related Posts with Thumbnails
Info Gallery
Powered by faqiey
Hafiz Ng